Sunday, March 02, 2008

Rasa Menyirap!

Aku tak pasti samada perkataan menyirap itu wujud atau tidak. Bukan kerja aku. Tapi yang pasti perkataan ini penuh seribu ironi yang menjakikan. Bolehkah kita menyirap selepas minum sirap? Itulah yang aku rasa. Aku bukan bercerita tentang gula, pewarna merah atau daun pandan, (Jangan bubuh daun pandan dalam sirap!) tapi tentang keadaan yang aku rasa sekarang! Umpama menyirap selepas minum sirap pada hari yang panas. Ingatkan bagus, rupa-rupanya lama-lama macam cuka... buat aku makin dahaga dan keliru. Salah sendiri sebenarnnya. Jadi pengajaran yang paling baik yang aku dapat ialah jangan minum sirap di bawah matahari yang terik kerana air sirap tak ada apa-apa melainkan warna merah macam darah dan gula yang tak melegakan pun (mungkin juga ada bau daun pandan yang merosakkan rasa ABC atau sirap limau). Pengajaran kedua yang aku dapat ialah bukannya tak boleh minum sirap, tapi kena dalam keaadan tertentu. Pertamanya kita boleh minum sirap kalau cuaca baik. Kita juga boleh minum sirap kalau kita boleh beli sirap. Untuk menikmati sirap pulak supaya sirap itu boleh masuk ke dalam tekak dan membahagiakan pula, kita perlu minum di tempat yang tenang dan dalam keadaan tenang. Kalau tidak, boleh habis tersedak nanti! Tetapi pengajaran terpenting ialah lebih elok kita minum air masak. Ya, air yang selalu kita tak padang itu. Sudahla banyak malah percuma.


(Siapa bijak akan faham!(tapi kebarangkaliannya sikit agaknya) kalau faham dan orang yang baik, email aku!)