Wednesday, October 26, 2005

GELORA HATI MENGHADAPI DIA

Sebelum itu aku tertanya-tanya
Apakah aku mampu hadapi segalanya?
Resah gelisah sendirian aku menunggu waktu
Yang ku mahu hanyalah senyuman dan rasa bahagia
Begitu juga ungkapan balas-membalas kata-kata manja
Yang datang dari aku dan dia

Tiba waktu
Aku jadi kaku
Kalbu jadi tak menentu
Dari rambut sampai ke kaki bisu
Habis hilang arah dan halatuju

Manakah harapan aku yang indah?
Semua telah aku lihat menjadi musnah
Akibat akal dan hati berlaga bertingkah

CINTA

Cinta
Biasa saja
Cuma buat aku gila

Semua katanya cinta
Tapi semuanya biasa
Sedang aku baru terbayang cinta
Dilanda resah-gelisah dan merana

Selama ini aku hanya dicintai
Mencintai kerana mesti dan naluri
Hidup dibawah sinaran cinta yang pasti menenangkan hati

Kini aku pula ingin memberi
Mengharap balasan yang tak pasti
Mungkin sedih mungkin seri

APAKAH RASA?

bising-bising di telinga
masuk ke dalam jiwa

silau kilauan memanah mata
terbenam ke dalam jiwa

pahit, manis, pedas, masam lalu di tekak
terjun ke dalam jiwa

haruman wangi dan busuk yang menusuk
meresap ke dalam jiwa

licin, kesat, keras, lembut, panas dan sejuk menggeletek
menyentuh ke dalam jiwa

inikah rasa.....
atau hanya deria bercerita?

apakah.....

senyap dan sunyi
bagaikan semua terhenti
jiwaku mati?

gelap gelita dan malam yang pekat
hingga semua hilang tak terlihat
aku sesat?

tawar, hambar dan campah di lidah
buat aku rasa nak meludah dan menyumpah
seleraku musnah?

tiap-tiap saat nafas yang kosong kusedut
kalau terhenti aku takut
buat aku semput?

kulit kematu bagaikan kebas
hingga batu terlanggar pecah walaupun keras
relakah aku ditampar diketuk dengan bebas?

keliru sendiri.....
rasaku songsang tak berarah terus mencari lagi.....

gembira.....
dari senyum menggula hingga gelak ketawa
boleh lenyapkan segala duka nestapa?

sedih.....
setakat hiba menjadi tangis darah yang pedih
buatkan hilang segala lawak jenaka yang gurih?

apa lagi yang tinggal?
semua bagai tali panjang
tersimpul mati kekal
tak tahu lagi yang mana hujung
yang mana pangkal
sedangkan kita perlu terus berjuang
mencari rasa yang benar
menuju jalan yang tunggal
ALLAHUAKBAR!

AKU INI BUKAN AHLI

aku ini bukan ahli
hanya duduk di sini
tapi aku tidak lali

aku ini bukan ahli
perlu makan sekali
tapi aku teliti

aku ini bukan ahli
tahu semua sekali
jangan fikir engkau boleh sembunyi

aku ini bukan ahli
hanya aku sendiri
dan berjuta-juta orang lagi

kamu itu bukan kami
hanya pentingkan ahli
tapi ingat kami boleh berdiri

Tuesday, October 25, 2005

Selamat Hari Raya!

Maaf zahir dan batin aku ucapkan kepada semua. Raya ni aku di Kedah sebab tahun sebelumnya di Selangor. Sistem giliran yang tak pernah gagal! Rindu rasanya aku dengan kawan-kawan lama yang sudah tak berjumpa. Mesti semuanya sudah berubah dan bertambah maju. Tapi aku percaya kita pasti akan berjumpa lagi suatu hari nanti. Maafkan aku juga kerana tidak masih lagi tidak menampal puisi-puisi yang aku janjikan. Asyik terlupa.... kena cari setiausaha agaknya.
Dalam menyambut syawal ini jangan kita lupakan saudara-saudara kita di Palestin, Iraq, Chechnya, Pakistan dan di mana sahaja umat Islam sedang tenat menderita! Kita doakan supaya semuanya terbela nanti. Tanggungjawab membela terletak pada kita!

Friday, October 14, 2005

Pehh.......... Aku sangat sibuk.

Sepanjang berada di universiti inilah semester yang aku rasa sngat sibuk. Dengan debat, COMPASS (Computer Science Association), Kolej dan studi serta hal peribadi. Nak kemaskini blog ini pun tak sempat. Apa pun dua puisi aku telah berjaya siapkan. Nanti kalau ada kelapangan akan di paparkan di sini.