Tuesday, December 02, 2008

Memancing...


Aku memancing di sungai Semenyih. Ikan terbesar yang pernah aku dapat. Keli afrika lebih kurang 2-3 kilo. Malam tu balik adik aku AE ketuk kepala dia dan belah perut. Aku siang dan bubuh garam kunyit. Aku goreng seketul tak hanyir... tapi tawar. Mak aku kata keli afrika memang tak sedap. Sekarang tengah tersadai dalam peti ais.


P/S: tak sempat tahan nafas! hahaha

Thursday, March 06, 2008

Terima Kasih Saudara Amran dan Advanced Integrated Software Technologies (AIST)

Pada tahun lepas dalam bulan September ketika sedang mencari maklumat berkenaan CMS katika dalam latihan industri, aku telah terserempak dengan satu peraduan yang menjanjikan buku "The Four Steps to the Epiphany" di laman AIST yang memerlukan peserta untuk mengarang slogan. Aku telah menulis "Saya lebih layak memiliki buku "The Four Steps to the Ephiphany" itu dari orang lain kerana saya akan pastikan buku itu diberikan kepada orang lain yang layak selepas saya membacanya.".
Dan mungkin disebabkan rezeki, aku telah memenanginya. Dan pada bulan Januari 2008 aku telah mendapat buku itu daripada saudara Amran. Terima kasih.
Setakat ini aku masih belum habis membaca buku tersebut kerana sibuk dalam pengajian yang aku ambil sekarang ini iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujiaan) Perkomputeran Netcentric di UiTM Shah Alam. Aku percaya pasti ada banyak perkara yang boleh diambil sebagai ilmu daripada buku tersebut yang memungkinkan aku boleh mencapai cita-cita aku ini.
Dan mengikut slogan yang juga merupakan janji aku kepada Amran dan AIST, aku akan pastikan buku itu deberi kepada orang yang layak selepas aku membacanya.
Semoga Amran dan AIST akan terus maju jaya!

Terima Kasih.

Sunday, March 02, 2008

Rasa Menyirap!

Aku tak pasti samada perkataan menyirap itu wujud atau tidak. Bukan kerja aku. Tapi yang pasti perkataan ini penuh seribu ironi yang menjakikan. Bolehkah kita menyirap selepas minum sirap? Itulah yang aku rasa. Aku bukan bercerita tentang gula, pewarna merah atau daun pandan, (Jangan bubuh daun pandan dalam sirap!) tapi tentang keadaan yang aku rasa sekarang! Umpama menyirap selepas minum sirap pada hari yang panas. Ingatkan bagus, rupa-rupanya lama-lama macam cuka... buat aku makin dahaga dan keliru. Salah sendiri sebenarnnya. Jadi pengajaran yang paling baik yang aku dapat ialah jangan minum sirap di bawah matahari yang terik kerana air sirap tak ada apa-apa melainkan warna merah macam darah dan gula yang tak melegakan pun (mungkin juga ada bau daun pandan yang merosakkan rasa ABC atau sirap limau). Pengajaran kedua yang aku dapat ialah bukannya tak boleh minum sirap, tapi kena dalam keaadan tertentu. Pertamanya kita boleh minum sirap kalau cuaca baik. Kita juga boleh minum sirap kalau kita boleh beli sirap. Untuk menikmati sirap pulak supaya sirap itu boleh masuk ke dalam tekak dan membahagiakan pula, kita perlu minum di tempat yang tenang dan dalam keadaan tenang. Kalau tidak, boleh habis tersedak nanti! Tetapi pengajaran terpenting ialah lebih elok kita minum air masak. Ya, air yang selalu kita tak padang itu. Sudahla banyak malah percuma.


(Siapa bijak akan faham!(tapi kebarangkaliannya sikit agaknya) kalau faham dan orang yang baik, email aku!)

Wednesday, February 27, 2008

Aku Hanya Router!

Itulah dia! Paham...

Tuesday, February 26, 2008

Kejar Kabel

Aku akan hidupkan balik blog ini!

Thursday, December 22, 2005

ORANG SELETAR

Aku baru sampai di Kuala Lumpur dari Kampung Bakar Batu semalam. Banyak perkara yang telah aku pelajari. Tetapi paling berharga buat ku ialah orang-orang yang telah aku temui sepanjang 16 hari aku di sana. Wajah-wajah ikhlas mereka pasti aku takkan lupa. Aku rasa jarang di antara kita yang pernah duduk sekali dengan sekelompok manusia yang bersungguh-sungguh memberi dan begitu menghargai pemberian kita.
Aku sungguh kagum dengan sikap mereka itu yang masih mahu memberi sedangkan semua di sekeliling mereka seakan-akan menyentap semua yang mereka miliki. Terngiang-ngiang di telinga kata-kata Tok Batin Awang "ikan kalau dicampak ke darat hidup tak? Pasti mati kan... begitu juga kami. Kalau campak orang laut ke darat pasti mati juga." Mulanya aku skeptik memandangkan aku mendengar kata-kata itu pada hari pertama. Namun semakin lam aku di situ semakin yakin aku akan kebenaran luahan hati Tok Batin Awang.

bersambung...

Monday, December 12, 2005

Blog bahasa inggeris

Aku telah melancarkan blog bahasa inggeris. Ada perkara tertentu yang aku rasakan lebih cocok untuk aku paparkan di sana. Di samping dapat menggerakkan sel-sel otak aku ini biasa berbahasa inggeris aku juga berharap agar lebih luas capahan sudut subjek-subjek yang aku dapat aku sampaikan. Sila ke http://hangoesenglish.blogspot.com/ . Seperti biasa sebarang ulasan amat dialu-alukan.

Wednesday, November 30, 2005

Sesi panaskan badan...

hi... hari ini aku akan balik ke kedah sebentar untuk mengambil sesuatu. nampaknya cuti ini akan menjadi cuti yang panas, dan sesi memanaskan badan untukku baru bermula. tertelan jugak air liur dua tiga teguk apabila mendengar keadaan kami nanti. kemungkinan aku terpaksa menghadapi ujian laut... harap-harap naluriku betul kali ini... aku sentiasa rasa dekat dengan laut. mungkin dengan panas terik dari atas dan bahang bergaram dari pantulan sinaran mentari itu akan mencairkan otak dan hatiku yang beku ini agar dapat mencari makna dan memberi rasa yang betul untukku berkarya.
aku berkesempatan membaca dua buah novel pendek (tapi maknanya panjang!) john stienbeck setakat ini. penulis yang baik (pemenang hadiah nobel) ... tidak naif dalam ceritanya dan ikhlas dalam penceritaan.
nampaknya janji masih tak tertunai... tak sempat lagi untukku menulis cerita itu. nanti aku usahakannya... semua yang aku sedang usahakan waktu cuti ini adalah untuk persediaan semester akan datang. tunggu...
aku suka ED... seronok menonton season finalenya semalam. aku semakin faham.

Tuesday, November 22, 2005

Peh.................. Semester terpening setakat ini.

awal semester.........................
semuanya baik2. walaupun ada banyak perkara yang aku tahu akan aku hadapi, tak pernah aku menjangka akan jadi seperti ini. mulanya dengan hal2 persatuan melarat sampai hal studi dan peribadi. ahhhhhhhh tertekan. bukannya hal2 itu mengganggu diantaranya, tetapi hanya aku yang hilang rentak. kenapa? susah nak cakap di sini. sebabnya kerana aku tak tahu jawapan mana yang paling tepat (mungkin juga kerana tak jumpa lagi orang yang boleh tunjukkan rentak yang betul untukku!). susah nak jadi jack of all trade(maksud yang baik).
rasa-rasanya yang terbaik sekali untukku ketika ini ialah mencari ketenangan semasa cuti semester ini. harap-harap kalau dah tenang nanti barulah rentak aku jadi tak sumbang... SUMBANG! itulah yang terbaik sekali untuk aku gambarkan apa yang berlaku atau apa yang telah aku lakukan sepanjang semester yang melelahkan ini. walau apapun tak aku nafikan banyak perkara yang aku pelajari tak kiralah sama ada yang memang aku mencarinya atau yang datang terhempas ke atas aku (ataupun aku yang terhempas ke atasnya). akan aku simpan kemas semuanya itu. dan yang paling bermakna sekali buatku ialah saat-saat aku cuba belajar perkara yang indah-indah itu. walaupun masih tak faham-faham ataupun masih tak berjaya sampai ke taman itu, tetap aku percaya nanti suatu hari akan aku ketemui juga. bukan untuk aku sahaja... tapi untuk dia dan semua.
cuti ini... aku akan ke johor baharu. jadi researcher pakcik aku yang tengah buat phd. di johor lagi nampaknya. aku rindu dengan kuala lumpur dan famili... nanti akan aku siapkan beberapa puisi dan kalau boleh sebuah cerpen. selesai nanti aku paparkan di sini. Selamat Bercuti semuanya dan aku mohon maaf atas apa yang telah aku singgung selama ini. Jumpa nanti semester hadapan.

Kata-kata hikmah semester 2:
Benda yang paling indah ialah benda yang paling mudah... yang mudah itu akan dihargai kalau difahami. susah nak faham benda-benda yang mudah. kalau tak percaya... cuba.

p/s: 1) selamat pengantin baru buat kedua2 kawanku Norman dan Farah Hanani yang baru melangsungkan perkahwinan pada 19/11/05. sorry beb gua tak datang sebab exam. nanti dah dapat anak aku kasi korang hadiah.
2)kepada sepupuku Fadli dan bakal isterinya Norashikin, aku ucapkan juga selamat pengantin baru. kau jangan buat lawak pulak nanti Li! (Walimatulurus pada 23/12/05 di ipoh. (harap-harap gua boleh pegi, mungkin ada debat!)

Wednesday, October 26, 2005

GELORA HATI MENGHADAPI DIA

Sebelum itu aku tertanya-tanya
Apakah aku mampu hadapi segalanya?
Resah gelisah sendirian aku menunggu waktu
Yang ku mahu hanyalah senyuman dan rasa bahagia
Begitu juga ungkapan balas-membalas kata-kata manja
Yang datang dari aku dan dia

Tiba waktu
Aku jadi kaku
Kalbu jadi tak menentu
Dari rambut sampai ke kaki bisu
Habis hilang arah dan halatuju

Manakah harapan aku yang indah?
Semua telah aku lihat menjadi musnah
Akibat akal dan hati berlaga bertingkah

CINTA

Cinta
Biasa saja
Cuma buat aku gila

Semua katanya cinta
Tapi semuanya biasa
Sedang aku baru terbayang cinta
Dilanda resah-gelisah dan merana

Selama ini aku hanya dicintai
Mencintai kerana mesti dan naluri
Hidup dibawah sinaran cinta yang pasti menenangkan hati

Kini aku pula ingin memberi
Mengharap balasan yang tak pasti
Mungkin sedih mungkin seri

APAKAH RASA?

bising-bising di telinga
masuk ke dalam jiwa

silau kilauan memanah mata
terbenam ke dalam jiwa

pahit, manis, pedas, masam lalu di tekak
terjun ke dalam jiwa

haruman wangi dan busuk yang menusuk
meresap ke dalam jiwa

licin, kesat, keras, lembut, panas dan sejuk menggeletek
menyentuh ke dalam jiwa

inikah rasa.....
atau hanya deria bercerita?

apakah.....

senyap dan sunyi
bagaikan semua terhenti
jiwaku mati?

gelap gelita dan malam yang pekat
hingga semua hilang tak terlihat
aku sesat?

tawar, hambar dan campah di lidah
buat aku rasa nak meludah dan menyumpah
seleraku musnah?

tiap-tiap saat nafas yang kosong kusedut
kalau terhenti aku takut
buat aku semput?

kulit kematu bagaikan kebas
hingga batu terlanggar pecah walaupun keras
relakah aku ditampar diketuk dengan bebas?

keliru sendiri.....
rasaku songsang tak berarah terus mencari lagi.....

gembira.....
dari senyum menggula hingga gelak ketawa
boleh lenyapkan segala duka nestapa?

sedih.....
setakat hiba menjadi tangis darah yang pedih
buatkan hilang segala lawak jenaka yang gurih?

apa lagi yang tinggal?
semua bagai tali panjang
tersimpul mati kekal
tak tahu lagi yang mana hujung
yang mana pangkal
sedangkan kita perlu terus berjuang
mencari rasa yang benar
menuju jalan yang tunggal
ALLAHUAKBAR!

AKU INI BUKAN AHLI

aku ini bukan ahli
hanya duduk di sini
tapi aku tidak lali

aku ini bukan ahli
perlu makan sekali
tapi aku teliti

aku ini bukan ahli
tahu semua sekali
jangan fikir engkau boleh sembunyi

aku ini bukan ahli
hanya aku sendiri
dan berjuta-juta orang lagi

kamu itu bukan kami
hanya pentingkan ahli
tapi ingat kami boleh berdiri

Tuesday, October 25, 2005

Selamat Hari Raya!

Maaf zahir dan batin aku ucapkan kepada semua. Raya ni aku di Kedah sebab tahun sebelumnya di Selangor. Sistem giliran yang tak pernah gagal! Rindu rasanya aku dengan kawan-kawan lama yang sudah tak berjumpa. Mesti semuanya sudah berubah dan bertambah maju. Tapi aku percaya kita pasti akan berjumpa lagi suatu hari nanti. Maafkan aku juga kerana tidak masih lagi tidak menampal puisi-puisi yang aku janjikan. Asyik terlupa.... kena cari setiausaha agaknya.
Dalam menyambut syawal ini jangan kita lupakan saudara-saudara kita di Palestin, Iraq, Chechnya, Pakistan dan di mana sahaja umat Islam sedang tenat menderita! Kita doakan supaya semuanya terbela nanti. Tanggungjawab membela terletak pada kita!

Friday, October 14, 2005

Pehh.......... Aku sangat sibuk.

Sepanjang berada di universiti inilah semester yang aku rasa sngat sibuk. Dengan debat, COMPASS (Computer Science Association), Kolej dan studi serta hal peribadi. Nak kemaskini blog ini pun tak sempat. Apa pun dua puisi aku telah berjaya siapkan. Nanti kalau ada kelapangan akan di paparkan di sini.

Thursday, July 07, 2005

Akhirnya!!!

Akhirnya telah berjaya juga aku memaksa diri untuk log-in sampai laman blog ini wujud. Esok aku akan pulang ke UiTM Segamat. Itulah antara sebabnya mengapa aku rasa perlu untuk punyai laman blog ini. Setidak-tidaknya sibuklah sedikit aku nanti, maka kuranglah merapu.
Aku minat dalam banyak perkara. Daripada segala jenis ilmu pasti hinggalah seni. Ini termasuklah sukan dan isu-isu semasa. Jadi sekiranya sesiapa saja tak kira usia yang ingin memberikan komen atau apa saja yang boleh mendatangkan kebaikan amatlah dialu-alukan.
Sampai di sini dulu buat sekarang. Nanti reda kesibukan, aku akan kembali.